Tuesday, July 13, 2010

Ukhwah Fillah Sidang 2009/2010

Hari Interaksi KAKUSMA

Pada 8 Ogos 2009 berlokasi di Taman Perbandaran Pulau Pinang, KAKUSMA telah menganjurkan satu program yang di beri nama Ukhwah Fillah Kakusma iaitu Hari Interaksi ahli kumpulan Anak-Anak Kedah USM yang di naungi oleh :-

Pengarah Projek : Siti Nadirah Binti Ahmad Husni

Timbalan Pengarah Projek : Mohd Razman B . Mohd Radzi

Setiausaha : Noor Faiqah Basyirah Bt. Bahari

Bendahari : Siti Noor Azlina Bt. Ilias

Objektif program ini di adakan adalah bertujuan untuk menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru yang mendaftar sebagai ahli KAKUSMA. Dengan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ahli KAKUSMA yang berdaftar. Selain itu, tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan kepimpinan baru KAKUSMA Sidang 2009/2010 kepada ahli-ahli baru KAKUSMA. Dan dapat menerangkan aktiviti-aktiviti tahunan pada sidang ini kepada ahli baru sekaligus dapat menarik minat ahli-ahli KAKUSMA untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang bakal di adakan. Mengadakan Ukhwah Fillah KAKUSMA ini juga dapat memperkenalkan tempat-tempat menarik sekitar Pulau Pinang kepada ahli-ahli KAKUSMA yang baru mendaftar. Program ini juga dapat mendekatkan pelajar-pelajar dengan alam semulajadi dan menyedarkan pelajar-pelajar tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar yang seterusnya membawa konsep kelestarian alam sekitar sejajar dengan kehendak USM yang Memastikan Kelestarian Hari Esok.

No comments:

Post a Comment