Monday, July 12, 2010

Lambaian Tautan Kasih Kenari II




Lambaian Tautan Kasih Kenari II

Pada 17 dan 18 Julai 2009, KAKUSMA telah mengadakan Program yang dinamakan sebagai Lambaian Tautan Kasih Kenari II yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang bersama sekretariat dari barisan kepimpinan Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Objektif program ini adalah untuk membincangkan hala tuju persatuan dan cabaran yang perlu dihadapi setiap exco anak negeri. Program ini juga dapat merapatkan lagi ukhwan silaturahim semua mahasiswa yang berasal dari Kedah Darul Aman. Selain itu juga, program ini dapat menghargai jasa dan tenaga ahli aktif anak Kedah UKM di samping dapat membuka jaring lebih luas di antara satu universiti dengan universiti yang lain. Program ini juga membolehkan mahasiswa-mahasiswa menukar pendapat dan pandangan antara satu sama lain di samping dapat menbincangkan peranan mahasiswa pada negeri mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment