Tuesday, July 27, 2010

Pantai Kerachut

Pengumuman kepada semua ahli berdaftar Kumpulan Anak-anak Kedah Universiti Sains Malaysia (KAKUSMA 2010/2011) . Hari Interaksi KAKUSMA sidang 2010-2011 bakal diadakan di Taman Negara Pulau Pinang, Pantai Kerachut pada 7 Ogos. Diharap ahli yang berminat dapat mendaftarkan diri di kaunter KAKUSMA bertempat di Foyer Perpustakaan Hamzah Sendut 1 bermula pada hari Khamis dan Jumaat (29 & 30 Julai). Tempat terhad kepada 80 orang pertama sahaja. Harap maklum.




Saturday, July 24, 2010

Kaunter Pendaftaran Ahli Baru KAKUSMA Sidang 2010/2011


Pada 22 Julai 2010 dan 23 Julai 2010, kaunter pendaftaran ahli baru Kakusma Sidang 2010/2011 telah di buka bagi pendaftaran ahli baru bukan sahaja untuk pelajar yang berasal dari Kedah, malah semua pelajar di alu-alukan untuk berdaftar dengan KAKUSMA. Tujuan pendaftaran ini kaunter ini adalah utuk menambahkan lagi bilangan ahli baru berdaftar Kakusma sidang 2010/2011 di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara semua pelajar USM. Selain pendaftaran ahli baru, kaunter Kakusma juga di buka untuk mencari Pembantu Exco (PE) sidang 2010/2011. Sekretariat yang bertugas untuk menjaga kaunter sepanjang kaunter pendaftaran dibuka terdiri daripada Majlis Tertinggi Kakusma dan EXCO-EXCO Kakusma.

Tuesday, July 20, 2010

Annual Dinner KAKUSMA

Dengan bertemakan Melayu Kontemporari, KAKUSMA telah menganjurkan Majlis Makan Malam KAKUSMA bersama ahli-ahli KAKUSMA dan penasihat KAKUSMA. Majlis ini berlangsung pada 2 April 2010 bertempat di Tanjung Bungah Beach Hotel dari jam 8:30 malam sehingga 12:00 malam. Majlis Makan Malam ini disertai oleh 70 orang ahli-ahli KAKUSMA berserta Majlis Tertinggi dan Exco KAKUSMA. Majlis Makan Malam ini di pimpin oleh :

Pengarah Projek : Aishah Binti Ibrahim

Timbalan Pengarah Projek : Masytah Binti Samsuiman

Setiusaha : Siti Zaleha Binti Dani

Bendahari : Husnul Khotimah Binti Abdul Lateh

Objektif Majlis ini adalah untuk memberi penghargaan kepada ahli-ahli KAKUSMA ( Majlis Tertinggi, Exco KAKUSMA dan penasihat serta semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini ). Majlis ini juga diadakan sebagai simbolik penyerahan kepimpinan KAKUSMA bagi sidang 2010/2011. Selain itu juga,ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli KAKUSMA serta mantan KAKUSMA sidang lepas.

Menjejak Menara Gading

Pada 12-13 Mac 2010, bertempat di sekitar USM iaitu di Dewan Kuliah U, Masjid, Muzium, Perpustakaan Hamzah Sendut 2, Dewan Kembara 1 telah berlangsung 1 program anjuran KAKUSMA iaitu Menjejak Puncak Menara Gading yang disertai oleh pelajar-pelajar sekolah. Barisan kepimpinan yang memimpin program ini adalah dari ahli KAKUSMA sendiri yang di pimpin oleh :

Pengarah Projek : Mohamed Haniff Bin. Abdul Rahim

Timbalan Pengarah Projek : Siti Insyirah Binti Ali

Bendahari : Aishah Binti Ibrahim

Setiausaha Kerja : Siti Noor Azlina Bt Ilias

Objektif program Menjejak Puncak Menara Gading ini adalah bertujuan untuk memberi sedikit sebanyak motivasi kepada para pelajar SPM yang bakal menduduki peperiksaan tersebut dan tentang hala tuju setelah habis SPM. Selain itu, program ini dapat mendedahkan serba sedikit kepada pelajar tentang alam Universiti yang bakal mereke tempuh di kemudian hari. Program ini juga dapat memberi suntikan semangat kepada para pelajar selain membawa pelajar-pelajar melawat ke kawasan sekitar USM.

Friday, July 16, 2010

Boling Piala Naib Canselor


Bertempat di Penang Bowl Pulau Pinang, KAKUSMA telah menganjurkan Kejohanan Tenpin Boling Piala Naib Canselor USM 2010 pada 20 Mac 2010 dari pukul 9 pagi sehingga 3 petang yang disertai peserta dari pelbagai anak negeri iaitu seramai 140 peserta. Barisan kepimpinan yang memimpin Kejohanan Tenpin Boling ini adalah terdiri dari barisan Majlis Tertinggi, Exco dan Pembantu Exco KAKUSMA iaitu :

Pengarah Projek : Mohd Razman Bin Mohd Radzi

Timbalan Pengarah Projek : Mohd Faiz Bin Johari

Setiausaha Kerja : 1) Zulaikha Binti Ismail

2) Fadhilah Binti Yahaya

Bendahari : Aishah Binti Ibrahim

Objektif dari kejohanan Tenpin Boling ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara anak negeri lain dan juga dapat berkenalan dengan anak-anak negeri lain dengan lebih rapat. Selain itu juga, Kejohanan Tenpin Boling ini juga dapat memberi peluang pada peserta-peserta untuk mengasah bakat mereka di samping dapat mencungkil bakat terpendam mereka di samping dapat melahirkan generasi mahasiswa yang hebat dan cerdas.

Wednesday, July 14, 2010

Ekspidisi Gunung Jerai























Bertempat di Pusat Rekriasi Gunung Jerai, Gurun, Kedah. Pada 17 Oktober 2009 KAKUSMA telah menganjurkan aktiviti di negeri tercinta iaitu Ekspidisi Mendaki Gunung Jerai yang di pimpin oleh : -
Pengarah Projek : Mohd Ikhwan Bin Musa
Timbalan Pengarah Projek : Siti Zaleha Binti Dani
Setiusaha Projek : Nor Farahin Bt. Ruslee
Bendahari Projek : Aishah BT. Ibrahim
Tujuan utama Ekspidisi Gunung Jerai ini adalah untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang sihat dan cerdas di samping dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi semasa ekpidisi berjalan. Dengan adanya program ini, dapat memastikan semua mahasiswa dapat menghayati atau melihat keindahan flora dan fauna yang terdapat di puncak Gunung Jerai. dan juga dapat membawa mahasiswa menyelusuri peninggalan sejarah yang terdapat di Gunung Jerai. Ekspidisi ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara peserta sekaligus dapat memastikan mahasiswa dan mahasiswi sedar akan kepentingan menjaga keindahan alam yang di anugerahkan ini dan seterusnya menjadi golongan mahasiswa yang memimpin kearah kelestarian sejagat.

Sinar Lebaran





























Pada 4 Oktober 2009 bertempat di Dewan Utama Pelajar USM, KAKUSMA telah menganjurkan satu program khas sempena Hari Raya Aidlfitri iaitu Sinar Lebaran. Program ini di uruskan oleh beberapa kepimpinan KAKUSMA yang berkaliber iaitu :-
Pengarah Projek : Zulaikha Binti Ismail
Timbalan Pengarah Projek : Siti Insyirah Bt. Ali
Setiausaha : Siti Nakiah Bt. Yusof
Bendahari : Aishah Binti Ibrahim
Timbalan Bendahari : Nur Idzan Sulhi Bt. Ishak
Objektif program ini di adakan adalah bersempena bersyukurnya dengan ketibaan bulan Syawal yang lepas di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan ahli KAKUSMA dan seterusnya dapat memantapkan lagi organisasi KAKUSMA. Program ini juga banyak menekankan aspek bahawa semua insan adalah sama dan mempunyai kelebihan masing-masing bagi setiap individu sekaligus sambutan ini juga di adakan bagi menghargai golongan istimewa.

Tuesday, July 13, 2010

Ukhwah Fillah Sidang 2009/2010

Hari Interaksi KAKUSMA

Pada 8 Ogos 2009 berlokasi di Taman Perbandaran Pulau Pinang, KAKUSMA telah menganjurkan satu program yang di beri nama Ukhwah Fillah Kakusma iaitu Hari Interaksi ahli kumpulan Anak-Anak Kedah USM yang di naungi oleh :-

Pengarah Projek : Siti Nadirah Binti Ahmad Husni

Timbalan Pengarah Projek : Mohd Razman B . Mohd Radzi

Setiausaha : Noor Faiqah Basyirah Bt. Bahari

Bendahari : Siti Noor Azlina Bt. Ilias

Objektif program ini di adakan adalah bertujuan untuk menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru yang mendaftar sebagai ahli KAKUSMA. Dengan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ahli KAKUSMA yang berdaftar. Selain itu, tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan kepimpinan baru KAKUSMA Sidang 2009/2010 kepada ahli-ahli baru KAKUSMA. Dan dapat menerangkan aktiviti-aktiviti tahunan pada sidang ini kepada ahli baru sekaligus dapat menarik minat ahli-ahli KAKUSMA untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang bakal di adakan. Mengadakan Ukhwah Fillah KAKUSMA ini juga dapat memperkenalkan tempat-tempat menarik sekitar Pulau Pinang kepada ahli-ahli KAKUSMA yang baru mendaftar. Program ini juga dapat mendekatkan pelajar-pelajar dengan alam semulajadi dan menyedarkan pelajar-pelajar tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar yang seterusnya membawa konsep kelestarian alam sekitar sejajar dengan kehendak USM yang Memastikan Kelestarian Hari Esok.

Monday, July 12, 2010

Malam Bersama Penasihat












Bertempat di Dewan Kuliah H, KAKUSMA telah mengadakan Malam Bersama Penasihat pada 5 Ogos 2009. Sekretariat yang terlibat dalam menjayakan program ini adalah terdiri dari :-
Pengarah Projek : Nor Farahin Bt. Ruslee
Timbalan Pengarah Projek : Mohamed Haniff B. Abdul Rahim
Setiausaha : Zulaikha Bt. Ismail
Bendahari : Aishah Bt. Ibrahim
Objektif dari program ini adalah untuk beramah mesra bersama penasihat KAKUSMA dan perlantikan pembantu EXCO. Ini merupakan perjumpaan pertama ahli KAKUSMA bersama penasihat KAKUSMA di samping dapat berkumpul dengan semua ahli baru dan lama KAKUSMA.


Pembukaan Kaunter Pendaftaran Ahli Baru












Pada 21 Julai 2009, persempena dengan kemasukan pelajar baru Universiti Sains Malaysia, KAKUSMA telah membuka kaunter pendaftaran ahli baru KAKUSMA bagi sidang baru dan untuk anak-anak kedah yang berminat. Lokasi pembukaan kaunter ini bertempat di Foyer Dewan Kuliah USM yang di uruskan oleh barisan Kepimpinan Kumpulan Anak-Anak Kedah USM (KAKUSMA). Tujuan pembukaan kaunter pendaftaran ini adalah untuk memudahkan pendaftran ahli-ahli baru serta dapat menambahkan lagi bilangan ahli persatuan ini. Dengan pembukaan kaunter ini, sedikit sebanyak dapat menerangkan setiap perjalanan aktiviti KAKUSMA sepanjang sidang 2009/2010 kepada semua ahli baru dan lama.



Lambaian Tautan Kasih Kenari II




Lambaian Tautan Kasih Kenari II

Pada 17 dan 18 Julai 2009, KAKUSMA telah mengadakan Program yang dinamakan sebagai Lambaian Tautan Kasih Kenari II yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang bersama sekretariat dari barisan kepimpinan Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Objektif program ini adalah untuk membincangkan hala tuju persatuan dan cabaran yang perlu dihadapi setiap exco anak negeri. Program ini juga dapat merapatkan lagi ukhwan silaturahim semua mahasiswa yang berasal dari Kedah Darul Aman. Selain itu juga, program ini dapat menghargai jasa dan tenaga ahli aktif anak Kedah UKM di samping dapat membuka jaring lebih luas di antara satu universiti dengan universiti yang lain. Program ini juga membolehkan mahasiswa-mahasiswa menukar pendapat dan pandangan antara satu sama lain di samping dapat menbincangkan peranan mahasiswa pada negeri mereka sendiri.