Friday, July 16, 2010

Boling Piala Naib Canselor


Bertempat di Penang Bowl Pulau Pinang, KAKUSMA telah menganjurkan Kejohanan Tenpin Boling Piala Naib Canselor USM 2010 pada 20 Mac 2010 dari pukul 9 pagi sehingga 3 petang yang disertai peserta dari pelbagai anak negeri iaitu seramai 140 peserta. Barisan kepimpinan yang memimpin Kejohanan Tenpin Boling ini adalah terdiri dari barisan Majlis Tertinggi, Exco dan Pembantu Exco KAKUSMA iaitu :

Pengarah Projek : Mohd Razman Bin Mohd Radzi

Timbalan Pengarah Projek : Mohd Faiz Bin Johari

Setiausaha Kerja : 1) Zulaikha Binti Ismail

2) Fadhilah Binti Yahaya

Bendahari : Aishah Binti Ibrahim

Objektif dari kejohanan Tenpin Boling ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara anak negeri lain dan juga dapat berkenalan dengan anak-anak negeri lain dengan lebih rapat. Selain itu juga, Kejohanan Tenpin Boling ini juga dapat memberi peluang pada peserta-peserta untuk mengasah bakat mereka di samping dapat mencungkil bakat terpendam mereka di samping dapat melahirkan generasi mahasiswa yang hebat dan cerdas.

No comments:

Post a Comment